Wednesday, May 12, 2010

tolong tafsirkan mimpi saya

semalam saya mimpi.
saya mimpi saya jumpa kawan-kawan lama dalam lif kat tempat keja.
tiba-tiba lif tu tersekat.
dengan gagah perkasanya saya selamatkan semua orang.


dan-dan saya keluar dari lif, ada pulak pak gad sorang tu keluarkan senapang besar bazooka.
dengan selambanya dia pegi tembak panel-panel kaca kat situ dengan muka excited dan ajak saya sekali.
saya pun decide bahawa hari itu mungkin bukan hari yang terbaik untuk pegi kerja.


saya pun melangkah ke luar dan ternampak ada orang langgar kereta ayah saya.
orang itu kata "wei, kalau tak reti bawak kereta, pegi kerja kat Tutt 
(sila ganti dengan nama company ayah saya)"
ayah saya jawab, "memangla aku kerja kat Tutt (sila ganti dengan nama company ayah saya lagi)"
rupa-rupanya yang melanggar ayah saya itu adalah kawannya ketika sekolah.
mereka pun melakukan adegan-adegan jejak kasih di situ.


lepas seketika tiba-tiba saya berada di parking bumbung sebuah kompleks membeli-belah.
saya dan adik-adik saya ligat bermain futsal (sah-sah mimpi, kan).
ayah saya pulak tengah syok membebel gaya-gaya alex ferguson kat tepi padang.


sekali tiba-tiba ayah saya jatuh terlentang.
dia kata, "dah tak ada masa lagi"
pastu keluar pulak lagu sedih daripada cerita arwah yasmin ahmad.
pastu ayah saya tutup mata.
saya jerit-jerit panggil ayah saya tapi dia tanak bukak mata.


bila saya bangun dari mimpi tu saya rasa sesak nafas. 
saya pun terus pergi bilik ayah saya dan peluk ayah saya.
bila saya cerita pasal mimpi saya, ayah saya kata saya katun.

5 comments:

  1. bab pak gad tembak2 mesti sbb kes polis saje2 tembak budak, bab parking ats bumbung sbb aritu ade accident kat bumbung KB mall yg runtuh,alex ferguson mmbebel sbb manU kalah (booo btw),kalo klua lagu aizat-pergi sbb lagu tu simply the best sbb tu mng ajl hahah
    In summary..I rs mungkin hanya mainan tido. tp hargailah and enjoy quality time ngn parent while we still can! (^_^)

    ReplyDelete
  2. anda akan dapat langganan percuma channel disney, nickelodeon dan cartoon network selama 3 bulan.

    elakkan menonton cerita top gear agar tak menjadi taboo dlm misi m'dapatkan channel2 percuma tersebut.

    ReplyDelete
  3. nama lagi mimpi kot syg oi.
    hahaha.

    makna mimpi u tu, tak lama lagi kitorang semua kerja kat KLCC, blh buat reunion dlm lif! itu lah maksud dia. hoho

    ReplyDelete
  4. i agree wif your dad.. haha..

    ReplyDelete
  5. maksudnya walopn saya nakal dan bapak saya garang, saya still sayang bapak saya. sekian.

    ReplyDelete