Monday, October 26, 2009

pandai anak abah

waktu umur lela 12 tahun
lela dapat tawaran masuk asrama
abah kata
"awak ingat awak pandai sangat sebab dapat masuk asrama?"


waktu umur lela 17 tahun
lela dapat 11a 1b
lela tanak jadik doktor so lela  amek IT
abah kata
"awak ingat awak pandai sangat tak nak ikut cakap abah?
ameklah IT tu kalau nak sangat."


waktu umur lela 22 tahun
lela dapat kerja ngan P*tronas
abah kata
"awak ingat awak kerja dengan syarikat besar, awak dah pandai sangat?"


lela selalu dengar abah cakap kat adik-adik
apalah salahnya sekali sekala abah kata kat lela jugak
"pandai anak abah"

5 comments:

  1. work hard and prove.. where you work you can be successful.. :D

    ReplyDelete
  2. kan?

    tapela lela. sabar je. like me, I guess I will never ever hear anything dah from my abah :)

    ReplyDelete
  3. haha
    gaduh-gaduh kejap je
    dah ok balik dah
    katanya air dicincang tak kan putus
    :)

    ReplyDelete
  4. provocation effect
    that's how u succeed as now :)

    ReplyDelete