Tuesday, June 29, 2010

saya tak suka kemas barang

saya tak suka kemas barang
sebab nanti saya jumpa barang-barang lama
saya tak suka jumpa barang-barang lama
sebab nanti saya ingat menda-menda lama

selalunya ingat yang senyum
kadang-kadang ingat kesalahan
kadang-kadang ingat kebodohan

saya tak suka kemas barang
jadi barang saya makin lama makin banyak
saya tak suka kemas barang
tapi saya sangat suka simpan gambar

kebanyakan gambar-gambar itu saya tak boleh simpan
kalau simpan nanti jadi cerita lain

ceritanya lain-lain
banyak watak banyak laku
watak-wataknya sendiri pun mungkin dah tak tau

saya tak suka kemas barang
tapi sesetengah barang saya perlu dibuang
perlu
bukan mahu, ok?
agak-agak boleh tak saya semakkan rumah mak ayah saya

nanti bila saya dah ada rumah sendiri
saya simpan yang penting-penting je lah
itu bila sudah ada kehidupan lain

sementara ni
ini saya dan dinding belakang cerita tentang
ini saya

oh ya
saya pun suka berbohong
lebih kepada diri sendiri daripada orang lain
saya masih lagi berbohong
bahawa
saya tak suka kemas barang

2 comments:

  1. saya pon tak suka kemas barang. maka ibu saya bising sebab bilik saya sungguh sepah. haha :)

    ReplyDelete
  2. owh saya terbalik
    mak saya tak suka kemas barang
    jadinya nanti saya bising sebab rumah bersepah
    huhu

    ReplyDelete