Monday, June 14, 2010

lomolito debut

My father is very strict about curfew and my whereabouts
So I invented an excuse to go out and see the world
I called it [Photography] ^^


Even though I always go head to head with my dad
We do share a lot of similarity
One of it was photography
Lately since his eyesight is more or less going
He lost his interest
But once, he was an analog enthusiast

I hope one day I can say
So am I =)

Friday, June 11, 2010

the art of conveying nothing either with words or pictures

gembira mengambil gambar bersama tudung shikin
aku rasa seperti a certain someone yang tidak boleh disebutkan di sini
dan aku rasa a certain group pasti akan mengutuk gambar ni 
sebab aku kelihatan seperti a certain someone

oh, banyaknya tapisan. hehe

Thursday, June 10, 2010

Tuesday, June 8, 2010

saya mahu kasut begini


saya sebenarnya mahu mem-postkan sebijik gossip
tapi tak dapat disclaimer approval daripada pihak-pihak terlibat
maka saya hanya boleh kata
KASUT INI COOL!

Friday, May 21, 2010

i don't want you to know who i am

all i wanted was to know who you are
now that i know who you are
i'm missing the time
when i wanted to know who you are

*and who are you really?
(sila baca dengan gaya blur Penny lepas dengar statement Sheldon)

Thursday, May 13, 2010

saya baru sampai huruf J

korang pernah tengok tak banner besar dekat jejantas-jejantas atau lereng-lereng highway
yang tulis "KARNIVAL TELEFON BIMBIT!"
tak cukup dengan tulisan tu, ada jugak contengan seperti "50%" dan "70%"
yang akan menarik perhatian korang yang kebetulan lalu-lalang kat situ
ada kan, kan, kan?


korang perasan tak banner-banner seperti itu akan muncul sekitar 3 bulan sekali
dan akan diadakan di kawasan yang korang mudah je kalau nak pegi


well, apa-apa yang korang beli kat karnival tu
jangka hayat dia adalah sehingga banner-banner tu muncul sekali lagi dalam hidup korang
so tolak tambah adalah lebih kurang 3 bulan macam tu


permerhatian ini dibuat setelah fon kedua (kaler pink, dari china!) 
menunjukkan tanda-tanda sawan babi
dan menyebabkan saya terpaksa menukar fon lagi
kali ini bukan fon baru tapi guna fon lama dari adik dan mak sahaja


dah lama dah fon perlu ditukar tapi saya sangat malas
sebab:
  1. daripada guna satu fon yang boleh pakai dua simcard sekarang saya kena guna dua fon yang boleh pakai satu simcard je
  2. saya malas betul nak buat housekeeping dan kemas balik data-data semua


maka rakan-rakan, kalau-kalau kamu mahu telefon
jangan terkejut kalau saya tidak kenal ye
sebab buku telefon saya berterabur


sampai sekarang saya masih baru sampai huruf J

Wednesday, May 12, 2010

tolong tafsirkan mimpi saya

semalam saya mimpi.
saya mimpi saya jumpa kawan-kawan lama dalam lif kat tempat keja.
tiba-tiba lif tu tersekat.
dengan gagah perkasanya saya selamatkan semua orang.


dan-dan saya keluar dari lif, ada pulak pak gad sorang tu keluarkan senapang besar bazooka.
dengan selambanya dia pegi tembak panel-panel kaca kat situ dengan muka excited dan ajak saya sekali.
saya pun decide bahawa hari itu mungkin bukan hari yang terbaik untuk pegi kerja.


saya pun melangkah ke luar dan ternampak ada orang langgar kereta ayah saya.
orang itu kata "wei, kalau tak reti bawak kereta, pegi kerja kat Tutt 
(sila ganti dengan nama company ayah saya)"
ayah saya jawab, "memangla aku kerja kat Tutt (sila ganti dengan nama company ayah saya lagi)"
rupa-rupanya yang melanggar ayah saya itu adalah kawannya ketika sekolah.
mereka pun melakukan adegan-adegan jejak kasih di situ.


lepas seketika tiba-tiba saya berada di parking bumbung sebuah kompleks membeli-belah.
saya dan adik-adik saya ligat bermain futsal (sah-sah mimpi, kan).
ayah saya pulak tengah syok membebel gaya-gaya alex ferguson kat tepi padang.


sekali tiba-tiba ayah saya jatuh terlentang.
dia kata, "dah tak ada masa lagi"
pastu keluar pulak lagu sedih daripada cerita arwah yasmin ahmad.
pastu ayah saya tutup mata.
saya jerit-jerit panggil ayah saya tapi dia tanak bukak mata.


bila saya bangun dari mimpi tu saya rasa sesak nafas. 
saya pun terus pergi bilik ayah saya dan peluk ayah saya.
bila saya cerita pasal mimpi saya, ayah saya kata saya katun.